Sunday, 25 September 2011

Subject: Kisah RM20


 
 
                                                          
Subject: Kisah RM20
 
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh
anaknya
yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu
bertanya kepada ayah.....
Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
 
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
 
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
 
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya? Si ayah 
mula
menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan
ayah
sejam di pejabat?
 
Si anak mula merayu pada ayahnya.
 
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?
 
Jerkah ayahnya lagi.
 
Anak: Oh..20 ringgit..
 
Amin menundukkan mukanya.
 
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
 
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu 
tanya
pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 
10ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, 
kamu
senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur!Dah
pukul
berapa nih...!!"
 
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah
duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu 
meminta
duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang 
dan
terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk
keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu
banyak
sebelum ini.Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik
anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.
 
"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah
mengeluarkan
sekeping duit kaler merah.
 
Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.
 
"Terima kasih banyaklah ayah!"
 
Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit
yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si 
ayah
kembali berang.
 
"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak 
itu??
Dan dari mana kamu dapat duit tu??"
 
Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam 
kemas
duit itu, dia menerangkan.....
 
"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari
tu.Amin
minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."
 
"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.
 
"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..Nah..ayah ambil duit ni. 
Amin
nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu.Amin nak ayah balik kerja
awal
esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."
 
Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...
 
Dengan rasa hiba..ayahnya terus memeluk Amin dengan seerat-eratnya...
 
The moral of this story...
Kongsilah cite ni ngan sesape je yg anda suka tapi..yang penting skali,
sharelah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda
sayangi.
Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras
sepanjang
hidupnya..yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu
sibuk...
 
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 
dengan
mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati
kita..
 
Bayangkan...bila dah kerja nanti...kalau kita mati..pihak syarikat akan
senang2 cari orang lain..gantikan kita. Tapi..keluarga, rakan2 yang 
kita
tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang
hidup
mereka.....
 
Fikirlah...selama ni.. apa yang kita dah buat untuk keluarga 
kita?..untuk
insan yang kita sayang??

No comments:

Post a Comment