Jangan katakan lelaki biasa, Nabi
pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki
akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang
tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada
wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang
rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri
yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak lojik kayu yang
bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara
yang ditunjuk Allah, kerana mereka
dicipta sebegitu rupa oleh-Nya. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.
JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR. JANGAN
HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN,
NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada
Allah, zat yang kekal, itulah suisnya.
AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU.
HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN.
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan
Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu
cantik dunia, presiden, perdana menteri negara ataupun women gladiator.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan
diskriminasi Tuhan.
Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut
itulah yang mengandung-kan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan
dan " wan-wan" lain.
Tidak akan lahir superman tanpa
superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan
tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak
boleh Diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan.
LEBIH RAMAI LELAKI YANG
DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH
PEREMPUAN PUNBOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.
Itulah akibatnya apabila wanita
tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan
Kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai Boss
telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan
isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita durhaka dunia akan
huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU
KEPADANYA. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah
pimpinan kita.
JANGAN
MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH,
KALAU
PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI..
No comments:
Post a Comment